Kota_Lukut
Kota_Lukut

Kota_Lukut

Kota Lukut ialah sebuah kota di Lukut, Negeri Sembilan yang dibina oleh Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pada 1847 ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut juga sebagai "Bukit Raja", ketika itu dalam pemerintahan Selangor.[1]Kota yang berbentuk empat segi bujur yang berukuran lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar ini dikelilingi parit yang dipasang dengan ranjau yang mempunyai kedalaman di antara tiga hingga lima meter dalam. Dari atas kota, boleh dilihat pemandangan Sungai Lukut, Selat Melaka dan kawasan sekitarnya.Semasa Raja Bot bin Raja Jumaat memerintah, banyak tentangan dihadapi daripada musuh terutama daripada Raja Sulaiman (Sungai Raya) yang enggan tunduk kepadanya. Kota Lukut diperbesarkan dan diperkuatkan dengan kawalan 30 orang askar Arab bagi menghadapi sebarang serangan musuh.Kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku ketika itu akhirnya melemahkan kewangan Lukut dan sedikit demi sedikit menghakis kemasyhuran Lukut.Kini terdapat sebuah muzium di kaki bukit berhampiran kota ini yang dinamakan Muzium Lukut.