Sejarah Kotak_atas_set

Sebelum Akta Penerima Semua Saluran 1962 mewajibkan penerima televisyen Amerika Syarikat mampu menala seluruh julat VHF dan UHF, sebuah kotak atas set yang dikenali sebagai penukar UHF boleh dipasang pada penerima untuk menganjakkan sebahagian spektrum UHF-TV ke pada saluran VHF rendah agar dapat ditonton. Oleh sebab sesetengah set TV 12 saluran era 1960-an masih digunakan selama bertahun-tahun, sementara Kanada dan Mexico lebih lambat mewajibkan pemasangan penala UHF dalam set TV baru berbanding AS, pasaran untuk perkakas penukar ini masih wujud sepanjang 1970-an.

Televisyen kabel membolehkan satu alternatif kepada pemasangan penukar UHF kerana siaran boleh dianjakkan frekuensi ke saluran VHF pada hulu kabel dan bukannya lokasi tontonan akhir. Malangnya, TV kabel menimbulkan masalah baru, iaitu kebanyakan sistem kabel tidak boleh menampung seluruh julat frekuensi 54-890 MHz VHF/UHF dan ruang VHF 12 saluran itu cepat habis diisi pada kebanyakan sistem itu. Oleh itu, sebarang penambahan saluran perlu dilakukan dengan memasukkan isyarat tambahan ke dalam sistem kabel pada frekuensi bukan piawaian, biasanya sama ada di bawah saluran 7 VHF (jalur tengah) atau terus di atas saluran 13 VHF (jalur super).

Frekuensi-frekuensi secocok dengan perkhidmatan bukan televisyen (seperti radio dua hala) di udara, dan oleh itu tiada pada penerima TV biasa. Sebelum set-set TV sedia kabel menjadi laris pada akhir 1980-an, sejenis kotak atas set yang dikenali sebagai "kotak penukar kabel" (cable converter box) diperlukan untuk menerima saluran televisyen kabel analog tambahan lalu menukarkannya menjadi frekuensi yang boleh ditonton pada TV biasa. Kotak-kotak ini biasanya disertakan alat kawalan jauh yang berfungsi menganjakkan satu saluran terpilih ke satu frekuensi VHF rendah (selalunya saluran 2 atau 3) untuk tontonan.

Berkaitan