Binaan Kotak_hitam_(pengangkutan)

Untuk melindungi papan ingatan, kotak hitam pada mulanya dibalut dengan rajang aluminium, termasuk juga lapisan penebat 1-inci, dikelilingi kerangka keluli tahan karat atau titanium.Kesemua rakaman melalui ujian agar utuh selepas kemalangan, termasuk juga hentaman terhempas.Setiap rekabentuk diuji agar tahan terhempas, api, dan terendam dalam laut.Sebagai contoh, untuk menguju ketahanan, penyelidik menjatuhkan berat 227kg (500 paun) dengan pin kelulu 0.64 cm (0.25-inci) pada unit dari ketinggian 3 meter (10 kaki) di udara.Kotak itu juga dikenakan tekanan 5,000l paun setiap inci (psi) keseluruhan peranti.Selain itu, penyelidik 'memasak' kotak hitam dalam pembakar sehingga 1,100° selsius (2,000° darjah Fahrenheit selama satu jam.Undang-undang memerlukan kesemua rakam bentuk-pepejal terselamat sekurang-kurangnya satu jam pada suhu ini.Ini menjadikan ianya sukar bagi sesiapa untuk menembusi kotak hitam, atau membinasakan data, dengan menggunakan kekuatan.[2]

Berkaitan