Sejarah Krafton

Chang Byung-gyu mengasaskan Bluehole Studio di Seoul pada bulan Mac 2007.[1] Terdahulunya, Chang telah menubuhkan Neowiz pada tahun 1997, bersama tujuh pengasas lain, kemudian beralih kepada pembangun enjin carian First Snow pada tahun 2005, yang kemudiannya dijual pada tahun 2006.[2] Bluehole Studio telah mengumumkan pada 22 April 2015 bahawa nama mereka telah ditukar kepada Bluehole sahaja.[3]

Pada 5 November 2018, Bluehole melancarkan syarikat baharu Karfton Game Union yang bertindak sebagai syarikat induk bagi Bluehole dan anak-anak syarikatnya.[4]