Tahun 2021:
Tahun 2022
(Tahun akhir kemelut):
Perdana Menteri MalaysiaKabinetTimbalan Perdana Menteri MalaysiaMenteri Dalam Negeri MalaysiaMenteri Pendidikan I MalaysiaMenteri Pelajaran MalaysiaMenteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri MalaysiaMenteri Pertanian
dan Industri Asas Tani MalaysiaMenteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna MalaysiaMenteri Belia dan Sukan MalaysiaMenteri Besar Johor Darul Ta'zimIsu BertentanganYayasanBadan PemikirKeluargaBukuKeputusan Pilihan RayaKemelut politik Malaysia 2020–2022 atau
Langkah Sheraton ialah kemelut politik Malaysia yang sedang berlaku. Kemelut ini membawa kepada peletakan jawatan
Mahathir Mohamad sebagai
Perdana Menteri ketujuh dan pelantikan
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Peristiwa ini memperlihatkan penyingkiran
kerajaan gabungan Pakatan Harapan selepas berkuasa selama 22 bulan berikutan kemenangan mereka pada
pilihan raya umum 2018. Pada tahun 2021, Kemelut politik ini juga membawa kepada peletakan jawatan
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 pada tarikh 16 Ogos 2021. Kemelut politik ini telah berjaya diberhentikan selepas
Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan menyaksikan kemenangan
Pakatan Harapan sebagai kerusi terbanyak iaitu 83 kerusi disokong kerusi
Gabungan Parti Sarawak dan
Gabungan Rakyat Sabah sebagai pemenang kerusi terbanyak di kawasan Borneo. Kemelut politik ini diakhiri dengan angkat sumpah
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Kemelut ini bermula apabila beberapa parti politik bergabung dan cuba membentuk kerajaan baru dengan mendakwa majoriti kerusi di
Dewan Rakyat, peringkat rendah
Parlimen Malaysia, tanpa melalui pilihan raya. Ia dicapai melalui penarikan diri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU dari gabungan
Pakatan Harapan dan melalui sokongan beberapa ahli parlimen dari
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti itu. Akibatnya, perdana menteri Mahathir Mohamad meletak jawatan.
Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah, kemudian bertemu dengan semua Ahli Parlimen dan pemimpin parti politik untuk mendapat sokongan mereka terhadap Perdana Menteri yang baharu. Baginda akhirnya melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan gabungannya akan dikenali sebagai
Perikatan Nasional. Tiga negeri,
Johor,
Melaka dan
Perak juga mengalami perubahan dalam kerajaan negeri kerana Perikatan Nasional memperoleh majoriti dalam masing-masing
Dewan Negeri Johor,
Dewan Undangan Negeri Melaka dan
Dewan Undangan Negeri Perak.