Impak Krisis_politik_Malaysia_2020

Peringkat negeri

Selangor

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin pada pagi 25 Februari 2020. Beliau disertai pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dan pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo.[76] Amirudin ialah seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan terkenal kerana dipilih Azmin Ali untuk dicalonkan Menteri Besar untuk menggantikan beliau apabila beliau disenaraikan sebagai menteri di dalam kabinet perdana menteri, dan secara umumnya dianggap sebagai leftenan utama orang Azmin dalam parti itu.[77][78][79] Baginda berpuas hati dengan penjelasan mereka bahawa pembangunan politik di peringkat persekutuan tidak akan menjejaskan gabungan Pakatan Harapan di kerajaan Negeri Selangor dan bersetuju untuk beroperasi seperti biasa.[76]

Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengarahkan semua 56 ahli dewan undangan negeri untuk bertemu baginda pada 26 Februari dan menyatakan keutamaan mereka sama ada untuk membentuk kerajaan gabungan baharu atau untuk membenarkan Pakatan Harapan terus mentadbir negeri.[80] Sidang dewan undangan negeri yang dijadualkan diadakan pada 5 Mac akhirnya ditangguhkan.[81] Pada 27 Februari, setiausaha peribadi Sultan, Jaba Mohd Noah, mengumumkan bahawa gabungan baharu akan memerintah negeri itu setelah mendapat majoriti mudah 28 ADUN berbanding 26 yang menyokong Pakaran Harapan.[82] Gabungan baharu tersebut akan dianggotai Ahli Parlimen dari PPBM, UMNO, MIC, PAS dan beberapa perikatan lain yang tidak disebut.[83] Menteri Besar Johor yang baharu, Hasni Mohammad dari UMNO telah mengangkat sumpah pada petang 28 Februari di hadapan Sultan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.[84]

Melaka

Dewan Undangan Negeri Melaka menjadi buntu apabila kedua-dua Pakatan Harapan dan pembangkang Barisan Nasional memegang 13 kerusi masing-masing selepas penarikan diri PPBM dari parti gabungan itu.[85] Ketua Menteri, Adly Zahari menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob pada 26 Februari untuk memberi taklimat kepada baginda mengenai perubahan politik terkini.[86] Pada 27 Februari, kerajaan negeri mengumumkan dalam satu sidang media bahawa mereka akan kekalkan status quo dan akan beroperasi seperti biasa.[87]

Kedah

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin pada 27 Februari.[88] Mukhriz juga merupakan anak ke-5 Mahathir dan ahli PPBM yang telah keluar gabungan Pakatan Harapan pada 24 Februari.[89] Sultan bersetuju untuk membenarkan Mukhriz untuk terus menjadi Menteri Besar selepas 19 ahli Pakatan Harapan mengumumkan sokongan mereka terhadapnya biarpun situasi krisis politik di peringkat persektuan.[90]

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Malaysia_2020 http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://english.astroawani.com/politics-news/malay-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-ja... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sidang-d... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-p... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-ti... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wakil-pe... http://www.astroawani.com/berita-politik/apa-maksu... http://www.astroawani.com/berita-politik/bersatu-c...