Sinopsis Kristal_Maya

Mengisahkan seorang wanita bernama Maya (Amyra Rosli) bekerja di sebuah syarikat. Tajuk drama Kristal Maya diambil sempena watak utama iaitu Maya dan nama syarikat tempat Maya bekerja iaitu Syarikat Kristal. Datuk Efendi (Rahim Jailani) merupakan pengarah Syarikat Kristal, dibantu oleh Mona (Elly Mazlin) adik ipar Datuk Efendi.

Di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam (Shah Jaszle). Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam bahagian penerbitan kreatif.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah (Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Datuk Efendi Sharizan (Hefny Sahad). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Datuk Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.

Datuk Efendi sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia tentang dirinya. Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya terhadap Maya. Adakah perasaan pelik itu akan mula berputik bunga-bunga cinta? Apakah reaksi Syukri apabila perasaannya ditolak mentah-mentah oleh Maya?