†ṫ
Kristian Timur terdiri daripada tradisi-tradisi dan gereja-gereja
Kristian yang berkembang buat beberapa abad di
Balkan,
Eropah Timur,
Asia,
Timur Tengah,
Afrika,
India, dan beberapa tempat di
Timur Jauh.Istilah ini digunakan secara amnya dalam
Kristian Barat untuk memerikan semua tradisi kristian yang membangun di luar daripada tradisi Kristian Barat di
Eropah Barat. Justeru, istilah ini tidak menggambarkan sesuatu golongan (communion) ataupun sesuatu tradisi keagamaan; malah beberapa Gereja "Timur" mempunyai lebih kesamaan dari segi sejarah dan teologi dengan Kristian "Barat" daripada kesamaan dengan Gereja Timur lain. Gereja-gereja Timur yang pelbagai lazimnya tidak menggelarkan diri sebagai "Timur" melainkan
Gereja dari Timur.Dari segi ini, kata-kata "Timur" dan "Barat" muncul daripada perpecahan Gereja yang mencerminkan perpecahan budaya antara
Yunani di timur dengan
Latin di barat, dan perpecahan politik antara
Empayar Rom Barat yang lemah dengan
Timur yang lebih kuat. Oleh sebab gereja yang paling berkuasa di Timur ialah apa yang kini disebut
gereja Ortodoks Timur, istilah "Ortodoks" sering digunakan secara longgar untuk merujuk kepada "Timur", walaupun secara hakikinya, kebanyakan Gereja menganggap diri mereka sama ada sebagai
golongan Ortodoks ataupun
Katolik.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.đt͡s