Geografi Kriti

Pulau kriti bertindihan antara dua zon iklim iaitu Laut Tengah dan Laut Afrika Utara, namun kebanyakan kawasan pualu tersebut menghadap Laut Tengah (atau Mediterranean), maka ia beriklim Mediterranean. Keadaan udara persekitarannya cenderung lembap bergnatung kepada dekatnya lokasi setempat kepada laut. Musim sejuk cenderung sederhana; salji sering kelihatan pada kawasan pergunungan antara bulan-bulan November dan Mei, namun kejadian ini jarang di jawasan tanah rendah.

Pulau ini merupakan pulau paling berpenghuni di Yunani dengan kependudukan melebihi 600,000 orang. Sebanyak 42% daripada warga pulau ini hidup di kota dan bandar utama pulau ini manakala 45% yang lain duduk di pedalaman pulau.[1]