Sejarah Kuala_Berang

Batu Bersurat Terengganu muka 1.

Kawasan ini dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di Terengganu. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar Tasik Kenyir. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan Batu Bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke Tanah Melayu. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa Sungai Terengganu airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hinggalah ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah ramai mengislamkan penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama Buddha. Dari situ, Islam telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat. Di sini juga pernah bertapak kerajaan Islam atau lebih dikenali dengan Dinasti Al-Kamil yang dikaitkan dengan seorang ahlul bayt Rasullulah s.a.w dari jurai Al-Hasani iaitu Syarif Muhammad Abdullah Al-Baghdadi yang pernah menjadi khalifah di Kota Baghdad sebelum ke Kuala Berang dengan misi tertentu.[perlu rujukan]