Sejarah Kuala_Lumpur_Sentral

Pada tahun 1994, Kerajaan Malaysia dengan tujuan mempertingkatkan mutu pengangkutan awam bandar raya Kuala Lumpur, menyerahkan kontrak kepada sebuah konsortium untuk mengubah bekas tempat melangsir gerabak kereta api lama seluas 72 ekar (290,000 m2) menjadi sebuah pusat transit moden berlandaskan pembangunan bandar yang terkawal.

Konsortium pimpinan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) melantik firma jurubina tersohor Kisho Kurokawa and Associates, yang juga pernah mereka bentuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan banyak lagi bangunan tersergam di seluruh dunia, untuk melakar rancangan induk untuk seluruh projek. Untuk memastikan komponen-komponen yang dirancang mengikut kemahuan pasaran, Jones Lang Wootton dilantik pada tahun 1995 untuk mengusahakan rancangan induk bagi seluruh projek, di samping juga mampu memberi nasihat mengenai komponen-komponen pacuan pasaran serta memastikan setiap komponen tersebut saling melengkapi dan berfungsi bersama.

Pencapaian KL Sentral selaku pusat siber terulung Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia menaikkan tarafnya, sekaligus membolehkannya memperluaskan prasarana teknologi fizikal dan maklumat bertaraf dunia sambil melengkapi bandar Cyberjaya, dengan memberikan pilihan kepada syarikat yang hendak mencungkil kelebihan status MSC serta mendekati para pelanggannya.

Rujukan

WikiPedia: Kuala_Lumpur_Sentral http://www.japantoday.com/category/travel/view/sta... http://www.kliaekspres.com/travel-with-us/flight-c... http://mrcb.listedcompany.com/misc/ar2007.pdf http://www.semasaparking.com/our-projects/ http://www.stesensentral.com http://www.venusbuzz.com/archives/66047/first-look... http://www.yapthomas.com/?p=343 http://www.ejrcf.or.jp/jrtr/jrtr35/pdf/f21_moh.pdf... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Wedne... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d...