Kuantum

Dalam fizik, kuantum (کوانتوم)[1] ialah jumlah minimum bagi sebarang entiti fizik yang melibatkan sesuatu saling tindak. Tanggapan asas bahawa ciri fizikal yang mungkin "dikuantumkan" dirujuk sebagai "hipotesis pengkuantuman".[2] Ini bermaksud bahawa magnitud ciri fizikal hanya boleh mengambil nilai-nilai diskret, yang terdiri daripada gandaan interger bagi satu kuantum.Contohnya, satu foton merupakan satu kuantum tunggal cahaya (atau apa-apa bentuk lain bagi sinaran elektromagnet), dan boleh dirujuk sebagai satu "kuantum cahaya". Sama juga, tenaga bagi satu elektron yang terikat di dalam satu atom juga dikuantumkan, dan oleh itu hanya wujud di dalam nilai-nilai diskret tertentu. Atom-atom dan jirim secara umumnya stabil kerana elektron-elektron banya boleh wujud pada tahap tenaga diskret di dalam suatu atom.