Ukuran Kuasa_kuda

Kuasa enjin boleh diukur atau dianggarkan pada beberapa titik pada sistem transmisi kuasa daripada penghasilannya sehinggalah kepada penggunaannya. Sebilangan nama digunakan bagi kuasa yang terbentuk pada pelbagai peringkat di dalam proses ini, tetapi tiada satu pun daripadanya yang merupakan petanda jelas sama ada bagi sistem ukuran atau definisi yang digunakan.

Secara umumnya:

Kuasa kuda nominal diambil daripada saiz enjin serta kelajuan omboh dan hanya tepat pada tekanan 7 kaf/in².[3]Kuasa kuda ditandakan atau kuasa kuda kasar (keupayaan teori bagi enjin)tolak kehilangan kuasa akibat geseran di dalam enjin (tarikan galas, kehilangan pada rod dan aci engkol, tarikan filem minyak dsb.), bersamaan denganKuasa kuda brek / bersih / aci engkol (kuasa yang disalurkan terus dan diukur pada aci engkol enjin)tolak kehilangan kuasa akibat geseran pada sistem transmisi (galas, gear, tarikan minyak, pusingan dsb.), bersamaan denganKuasa kuda aci (kuasa yang dihantar dan diukur pada aci keluaran sistem transmisi yang wujud pada sistem)tolak kehilangan kuasa akibat geseran pada aci sejagat, pembeza, galas roda, tayar dan rantai (jika ada), bersamaan denganKuasa kuda berkesan, kuasa kuda sebenar atau sering dirujuk sebagai kuasa kuda roda(whp)

Kesemua istilah di atau menganggap tiada faktor kehilangan kuasa yang lain yang mempengaruhi bacaan.

Kuasa kuda nominal

Kuasa kuda nominal (nhp) adalah hukum ibu jari awal abad ke-19 yang digunakan untuk menganggar kuasa enjin wap.

nhp = 7 x luas omboh x kelajuan omboh setara/33,000

Bagi kapal wap kayuhan, kelajuan omboh dianggarkan sebagai 129.7 x (lejang)1/3.35

Untuk membulehkan kuasa kuda nominal menyamai kuasa sebenar, adalah perlu bagi tekanan min wap di dalam silinder semasa lejang mencapai 7 psi serta kelajuan omboh mestilah di dalam aturan 180-248 ka/s.[3]

Kuasa kuda ditandakan

Kuasa kuda ditandakan (ihp) adalah nilai kuasa teori bagi enjin salingan jika ia cekap sepenuhnya dalam menukarkan tenaga yang terkandung di dalam gas yang mengembang di dalam silinder. Ia dikira daripada tekanan yang terbentuk di dalam silinder, diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil penanda enjin - sebab itulah ia mendapat namanya. Angka sedemikian selalunya digunakan pada enjin wap pada abad ke-19 tetapi sering membawa kepada salah faham kerana kecekapan mekanikal enjin bermaksud keluaran kuasa sebenar mungkin hanya 70% hingga 90% daripada kuasa kuda ditandakan.

Kuasa kuda kasar SAE

Sehingga model tahun 1972 pengeluar kereta Amerika menilai enjin mereka dalam istilah kuasa kuda kasar SAE (diterangkan di bawah piawaian SAE J245 dan J1995). Kuasa kuda kasar diukur menggunakan enjin ujian tanpa aksesori, penapis udara, peredam bunyi, atau alat kawalan emisi dan kadang-kadang dipasang satu tiub ujian di dalam rongga ekzos OEM. Piawaian pembetulan atmosfera (seperti tekanan barometer, kelembapan dan tekanan) yang digunakan dalam penilaian kasar adalah lebih idealistik daripada yang digunakan di dalam sistem penilaian bersih SAE. Ia menghasilkan nilai kuasa kasar (serta kilasan) maka ia mencerminkan nilai teori maksimum dan bukan kuasa bagi enjin yang dipasang pada kereta jalanan. Nilai kuasa kuda kasar juga tertakluk kepada pelarasan berkaitan oleh iklan pengeluar serta kakitangan pemasaran di bawah arahan pihak atasan.

Kuasa kuda brek

Kuasa kuda brek (bhp) adalah ukuran kuasa kuda enjin tanpa kehilangan kuasa pada kotak gear, pembeza, pam air dan komponen sampingan yang lain seperti pengulangalik, stereng kuasa serta pemampat pendingin udara. Oleh itu, imbuhan "brek" merujuk kepada tempat di mana kuasa diukur: pada aci keluaran enjin, diukur menggunakan dinamometer enjin. Kuasa kuda sebenar yang terdapat pada roda adalah kurang. Sebuah enjin mungkin perlu diuji semula untuk mendapatkan nilai penarafan dalam sistem yang lain pula. Istilah "brek" merujuk kepada penggunaan asal brek jalur bagi mengukur kilasan semasa ujian (yang kemudiannya didarab dengan RPM enjin dan suatu pemalar untuk mendapatkan nilai kuasa kuda).

hp (SAE)

Di Amerika Syarikat, istilah "bhp" digugurkan setelah Persatuan Jurutera Automotif Amerika (SAE) mengesyorkan pengeluar kereta untuk menggunakan hp (SAE) bagi menandakan kuasa kuda bersih enjin. Ia mengukur kuasa enjin pada roda tenaga, tanpa mengira kehilangan kuasa pada sistem transmisi (atau apa sahaja selepas roda tenaga).

Bermula tahun 1971 pengeluar kereta mula menilai kuasa dengan istilah kuasa kuda bersih SAE (seperti yang dinyatakan pada Piawaian J1349). Ia mencerminkan penarafan kuasa enjin dalam bentuk asal, dengan kesemua aksesori dan sistem masukan dan ekzos piawai. Menjelang 1972, pembuat kereta AS menyatakan angka kuasa kuda secara eksklusif dalam kuasa kuda SAE.

Penilaian bersih SAE, sementara ia lebih tepat daripada penilaian kasar, masih mewakili kuasa enjin pada roda tenaga. Bercanggah dengan beberapa laporan, ia tidak mengukur kuasa pada roda pacuan.

Oleh kerana penilaian kasar SAE gross digunakan secara liberal, dalam keadaan terbaik, tiada nilai pertukaran yang tepat dari nilai kasar ke nilai bersih. Perbandingan penilaian kasar dan bersih bagi enjin yang tidak berubah menunjukkan sedikit variasi antara 40 hingga 150 kuasa kuda. Enjin Chrysler 426 Hemi, misalnya, pada tahun 1971 menyatakan nilai kasar 425 hp dan nilai bersih 350 hp.[4]

Kuasa kuda diperakui SAE

Pada tahun 2005, Persatuan Jurutera Automotif memperkenalkan satu prosedur ujian baru bagi kuasa kuda dan kilasan enjin.[5] Prosedur baru ini menghapuskan beberapa ruang keanjalan dalam pengurusan kuasa, dan memerlukan seorang pemerhati bebas semasa nilai kuasa enjin diukur. Ujian ini adalah secara sukarela, tetapi enjin yang selesai melalui enjin tersebut boleh diiklankan sebagai "diperakui oleh SAE".

Kebanyakan pengeluar kereta mula beralih kepada sistem penilaian baru serta-merta, kadang-kadang dengan keputusan yang memeranjatkan. Kuasa kuda bagi enjin kereta Cadillac Northstar V8 melambung dari 440 hp (328 kW) ke 469 hp (350 kW) di bawah sistem ujian baru, sementara nilai kuasa enjin Toyota Camry 3.0 L 1MZ-FE V6 jatuh dari 210 hp (157 kW) ke 190 hp (142 kW). Enjin pertama yang diperakui di bawah program baru ialah enjin 7.0 L LS7 pada kereta Chevrolet Corvette Z06. Kuasa kuda diperakui meningkat sedikit dari 500 hp (373 kW) kepada 505 hp (377 kW).

hp (DIN)

Kuasa kuda DIN adalah nilai kuasa yang diukur menurut piawaian DIN 70020 Jerman dan, sebagai mana nilai SAE, ia diukur pada roda tenaga. Ia kadang-kala dipendekkan sebagai "PS", yang bermaksud Pferdestärke, perkataan Jerman bagi kuasa kuda. Walau bagaimanapun, "kuasa kuda" DIN sering disebut sebagai kuasa kuda metrik (Pferdestärke) daripada kuasa kuda mekanikal.

Kuasa kuda aci

Kuasa kuda aci (shp) adalah nilai kuasa yang dihantar pada aci baling-baling bagi kapal atau kapal terbang yang menggunakan enjin omboh atau enjin jet (kombinasi enjin jet dan baling-baling selalunya dipanggil turboprop). Nilai tersebut diukur atau dianggarkan daripada nikai kuasa kuda ditandakan melalui nilai piawai bagi kehilangan kuasa pada sistem transmisi (biasanya sekitar 10%). Nilai ini kurang lazim di dalam industri automotif, walaupun kehilangan kuasa pada sistem aliran kuasa boleh jadi signifikan.

Kuasa kuda berkesan / kuasa kuda sebenar / kuasa kuda roda

Kuasa kuda berkesan (ehp), kuasa kuda sebenar (thp) atau kuasa kuda roda (whp) adalah nilai kuasa yang ditukarkan kepada kerja yang berguna. Di dalam kes kenderaan jalan raya, ia bermaksud nilai kuasa kuda yang dimanfaatkan bagi pergerakan ke hadapan dan diukur menggunakan dinamometer kerangka.

"Kuaa kuda sebenar" lazimnya kurang 10% hingga 20% daripada "bhp" enjin akibat kehilangan kuasa pada sistem aliran kuasa.

Isitlah kuasa kuda roda (whp) adalah istilah yang lebih meluas digunakan bagi merujuk kepada kuasa kuda berkesan.