Sejarah Kubah

Kubah awal

Kubah yang terawal kemungkinan besar merupakan bumbung pondok primitif, yang dibuat dari dahan kayu sebagai rangka dan disalut dengan selut dan lumpur. Ataupun menggunakan batu sebagai sangga. Contoh kubah seperti ini boleh dijumpai di dalam kubur Mycenae di Greece dan dalam seni bina Sicily di Itali. Kubah-kubah tersebut cuma digunakan untuk bangunan-bangunan yang kecil.

Zaman Pertengahan dan Pembaharuan

Di Zaman Pertengahan (Middle Age) semasa pemerintahan kerajaan Rom, singgah kubah telah dicipta bagi membolehkan struktur kubah yang bulat diletakkan di atas bangunan berbentuk segi empat. Ini menjadikan penggunaan kubah semakin meluas.

Kemudian pada zaman Pembaharuan (Renaissance), orang-orang Eropah telah memperkenalkan idea tanglung di puncak kubah, dan juga meletakkan kubah di atas suatu struktur bulat (seperti silinder) supaya ia kelihatan lebih tinggi.

Zaman moden

Manakala pada zaman moden, bentuk kubah geodesi telah diperkenalkan. Kubah ini berbentuk kemisfera dan menggunakan kekisi sebagai rangka, menjadikannya lebih ringan. Perkembangan teknologi juga membolehkan penggunaan cermin dan plastik sebagai salutan.