Sejarah Kubernetes

Ceramah Google Container Engine di Google Cloud Summit

Kubernetes (κυβερνήτης, "gabenor", "jurumudi" atau "kapten" dalam bahasa Yunani)[3] telah diasaskan oleh Joe Beda, Brendan Burns dan Craig McLuckie.[6] Tidak lama kemudian jurutera-jurutera Google lain termasuk Brian Grant dan Tim Hockin pun turut serta. Projek ini julung kali diumumkan oleh Google pada pertengahan tahun 2014.[7] Pembangunan dan reka bentuknya banyak dipengaruhi oleh sistem Borg oleh Google,[8][9] malahan ramai penyumbang projek ini pernah terlibat dengan sistem tersebut. Nama kod asal bagi Kubernetes di Google ialah Project Seven sempena Seven of Nine, seorang Borg yang lebih mesra di dalam Star Trek.[10] Tujuh ruji pada roda di dalam logo Kubernetes merujuk kepada nama kod tersebut. Projek Borg yang asal ditulis sepenuhnya dalam C++[8], tetapi sistem Kubernetes yang ditulis semula dilaksanakan dalam Go.

Kubernetes v1.0 telah dikeluarkan pada 21 Julai 2015.[11] Seiring dengan keluaran Kubernetes v1.0, Google berkerja sama dengan Yayasan Linux telah membentuk Yayasan Pengkomputeran Asli Awan (Cloud Native Computing Foundation, CNCF)[12] dan menawarkan Kubernetes sebagai teknologi permulaannya. Pada 6 Mac 2018, Projek Kubernetes mendapat tempat ke-9 mengikut jumlah lakuan (commit) di GitHub, dan tempat kedua mengikut pengarang dan isu kepada inti Linux.[13]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Kubernetes http://www.dasblinkenlichten.com/kubernetes-101-ne... http://www.eweek.com/cloud/early-stage-startup-hep... http://github.com/kubernetes/kubernetes/ http://queue.acm.org/detail.cfm?id=2898444 https://docs.bitnami.com/kubernetes/how-to/configu... https://www.digitalocean.com/community/tutorials/a... https://github.com/kubernetes/kubernetes/commit/2c... https://github.com/kubernetes/kubernetes/releases https://research.google.com/pubs/pub43438.html https://blog.powerupcloud.com/autoscaling-based-on...