Kucing_Tulap
Kucing_Tulap

Kucing_Tulap

Kucing Tulap atau Kucing Emas (Pardofelis temminckii, sinonim Catopuma temminckii)[3] ialah kucing liar Asia Tenggara yang sederhana saiznya (panjangnya 90 sentimeter/36 inci tambah lagi 50 sentimeter/20 inci untuk ekornya), dengan beratnya sebanyak 12-16 kilogram (26-35 paun). Nama Inggerisnya Asiatic Golden Cat, Asian Golden Cat atau Temminck's Golden Cat, dengan nama saintifiknya Pardofelis temminckii. Pada suatu ketika, kucing ini tergolong dalam genus Catopuma, Profelis, dan Felis.Dalam kurungan, spesies ini boleh hidup sehingga 20 tahun, tetapi jangka hayatnya di kawasan liar mungkin jauh lebih singkat. Sedangkan bulunya biasanya berwarna merah musang atau perang keemasan, kelainan warna hitam dan kelabu juga boleh dijumpai. Biasanya, kulit kucing tulap tak berhias kecuali sebilangan bintik pada bahagian bawahnya serta kekadangnya bintik yang amat kelam pada bahagian kulitnya yang lain. Bagaimanapun, di China, terdapat kelainan yang memiliki bintik kucing hutan dan kelihatan seakan-akan kucing tersebut. Kulit berbintik itu merupakan ciri resesif, iaitu ketika kucing berbintik membiak dengan kucing tak berhias, anaknya pula memiliki kulit yang tidak berhias.