Kud_Wafter

Kud Wafter (クドわふたー, Kudo Wafutā) adalah novel visual dewasa berbahasa jepun yang dibangunkan oleh Key, dikeluarkan pada 25 Jun 2010 untuk Windows. Kud Wafter adalah judul permainan kelapan Key. Key mengeluarkan versi kandungan umum Kud Wafter tanpa sebarang kandungan erotik yang dialih pasarkan ke konsol PlayStation Portable dan PlayStation Vita. Ia mengisahkan kehidupan pelajar sekolah tinggi Riki Naoe dan rakan baiknya Kudryavka Noumi sebaik mereka ingin menjalankan hubungan yang lebih romantis. Gaya permainan Kud Wafter menurut garis plot bercabang yang memberikan interaksi pratetap terpasang dengan ruang interaksi dan memfokuskan tarikan terhadap heroin utamanya Kudryavka, atau dikenali dengan nama pendeknya "Kud" (クド, Kudo).Permainan ini adalah rantingan cerita daripada permainan awal Key Little Busters! yang mempunyai versi kandungan umum dan juga versi dewasanya Little Busters! Ecstasy . Kudryavka muncul sebagai heroin dalam kedua-dua versi Little Busters! dan Ecstasy. Kud Wafter ialah pengembangan senario cerita Kudryavka selepas peristiwa Ecstasy dan ditulis oleh Chika Shirokiri. Na-Ga dan Itaru Hinoue kembali berganding sebagai pengarah seni bersama. Permainan ini disenaraikan sebagai permainan PC terlaris yang dijual di Jepun untuk tahun keluarannya. Adaptasi manga yang diilustrasikan oleh Bakutendō telah disirikan dalam Majalah Dengeki G's ASCII Media Works . Adaptasi filem anime selama 51 minit oleh JCStaff ditayangkan pada 16 Julai 2021.

Kud_Wafter

Komposer Jun'ichi Shimizu
Mod Single-player
Platform Microsoft Windows, Android, Blu-ray Disc, PlayStation Portable, PlayStation Vita
Artis Na-Ga, Itaru Hinoue
Pengarah Kai
Enjin RealLive 
Siri Little Busters!
Penerbit Visual Arts (Windows, BD), Prototype (PSP, PS Vita)
Penulis Chika Shirokiri
Pelepasan
25 Jun2010
  • Windows
    • JP: 25 Jun 2010
    • JP: 28 Jun 2013
    Android
    • JP: 31 Januari 2013
    Blu-ray Disc
    • JP: 29 Mac 2013
    PlayStation Portable
    • JP: 9 Mei 2013
    PlayStation Vita
    • JP: 19 Disember 2013
Genre
Pembangun Key