Kuih_koci
Kuih_koci

Kuih_koci

Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. Kuih koci ini agak lembut dan dibuat nyanyian "Ada sejenis kuih tiga segi.... Di luar tepung di dalamnya inti... Makanan orang tiada bergigi..."