Asal Kuih_makmur

Kuih makmur berasal dari kuih Ma'amoul yang popular di Timur Tengah, berkemungkinan dibawa oleh orang-orang yang mengembara atau menuntut di Timur Tengah dan disesuaikan dengan citarasa dan bahan-bahan tempatan yang lebih mudah diperolehi seperti kacang tanah, berbanding resepi asal yang memerlukan kurma, kacang walnut atau pistachio sebagai inti.

Kuih makmur ini popular di Malaysia dan ada terdapat dijual secara meluas terutama pada musim perayaan. Ia amat lazat, mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.