Kulai
Kulai

Kulai

Bandar Kulai merupakan bandar di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Bandar ini berada sejauh 29 km dari Johor Bahru, ibu negeri Johor dan sejauh 8 km dari Skudai. Tempat-tempat lain yang berhampiran dengan Bandar Kulai ialah Sengkang, Sedenak, Saleng, Selong dan Senai. Di arah tenggara Bandar Kulai ialah Gunung Pulai (654 m). Jarak bandar ini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ialah 15 km sahaja.Bandar Kulai merupakan simpang tiga iaitu ke Johor Bahru di selatan. Jalan raya ke barat laut menuju ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam. Jalan ke timur menuju ke Kota Tinggi. Landasan kereta api juga melalui bandar ini.Bandar Kulai merupakan ibu daerah serta pusat pentadbiran bagi daerah baru Kulai dan terletak di dalam Metropolis Iskandar Malaysia.Foon Yew High School cawangan Kulai turut terletak dekat sini.