Kumbang_rusa
Kumbang_rusa

Kumbang_rusa

Aesalinae
Lampriminae
Lucaninae
SyndesinaeKumbang rusa (bahasa Inggeris:Stag beetle) ialah kumbang dalam famili Lucanidae dengan 1,200 spesies sekarang ini dikelaskan kepada empat subfamili[1] Sebahagian spesies membesar sehingga lebih 12 cm (4.8 in), namun kebanyakannya adalah kira-kira 5 cm (2 in).Nama Inggeris diambil dari mandible yang besar dan menonjol yang terdapat pada kumbang jantan kebanyakan spesies, yang menyerupai tanduk rusa jantan.Spesies yang dikenali ramai di Europah adalah Lucanus cervus, dirujuk di United Kingdom sebagai kumbang rusa (ia merupakan kumbang darat terbesar di UK). Plinius yang Tua mencatatkan bahawa Nigidius mengelar kumbang rusa sebagai lucanus sempena kawasan Lucania di Itali di mana ia digunakan sebagai azimat. Nama saintifik Lucanus cervus adalah perkataan ini, ditambah cervus, rusa.Kumbang rusa menggunakan rahangnya bagi mergusti sesama sendiri bagi tapak mengawan yang baik dalam cara yang serupa seperti rusa jantan bertarung bagi mendapatkan rusa betina. Pertarungan juga mungkin bagi merebut makanan, seperti getah pokok dan buah reput. Walaupun memiliki paras yang menakutkan ia biasanya tidak agresif pada manusia.Kumbang rusa betina biasanya lebih kecil berbanding jantan, dengan mandibal lebih kecil. Semasa larva, betina boleh dibezakan dari jantan melalui kehadiran ovari gemuk, bewarna kream kelihatan melalui kulit sekitar 2/3 ke bawah belakang larva.Larva makan selama beberapa tahun memakan kayu desiduous reput melalui tiga tahap larva sehingga akhirnya berubah menjadi pupa dalam sel pupa dibina dari serpihan kayu sekeliling dan tanah. Dalam tahap larva terakhir, "L3", pupa spesies lebih besar, seperti Prosopocoilus giraffa, mungkin bersaiz jari manusia.

Rujukan

WikiPedia: Kumbang_rusa http://lucanesdumonde.skynetblogs.be/ http://www.flickr.com/photos/tags/lucanidae/intere... http://www.goliathus.com/en/en-lucanidae.html http://www.harink.com/~benjamin/englex.htm#7._Pict... http://www.goliathus.cz/en/museum-lucanidae-2.html http://www.koreanbook.de/index.phpmain_page=produc... http://www-museum.unl.edu/research/entomology/Guid... http://www-museum.unl.edu/research/entomology/Guid... http://www.bio-nica.info http://www.asahi-net.or.jp/~CH2M-NITU/kuwagate.htm