Kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010

Bermain di dalam Kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 diadakan pada 15–25 Jun 2010.[1] Kumpulan ini mengandungi Brazil, Korea Utara, Ivory Coast dan Portugal. Kumpulan ini, bersama-sama dengan Kumpulan D, telah dilabelkan kumpulan maut.[2][3]Brazil dan Portugal juga telah diundi bersama di dalam kumpulan yang sama di Piala Dunia FIFA 1966, perlawanan rasmi Piala Dunia yang sebelumnya. Pada tahun 1966, pasukan Portugal telah mengalahkan Brazil 3–1, seterusnya menyingkirkan juara bertahan, untuk mara ke suku akhir yang mana mereka telah berhadapan dan menewaskan Korea Utara (pasukan lain di dalam Kumpulan G) 5–3, selepas mengekori 0–3.Sebagai juara kumpulan, Brazil mara untuk bermain menentang Chile, naib johan Kumpulan H, di dalam pusingan 16; manakala Portugal, naib johan Kumpulan G, akan bertemu dengan Sepanyol, juara Kumpulan H, di dalam Pusingan 16. Ivory Coast menduduki tangga ketiga di dalam kumpulan, dan Korea Utara terletak dibawah sekali. Korea Utara mempunyai pembezaan gol −11, pasukan paling teruk di dalam Piala Dunia kali ini, dan ini disebabkan kekalahan 7–0 ke atas pasukan Portugal. Perlawanan tersebut merupakan kemenangan terbesar bagi Portugal, dan kekalahan terburuk bagi Korea Utara.Semua waktu tempatan (UTC+2)

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=249722/... http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=249722/...