Piala Dunia FIFA 2010 adalah
Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan
bola sepak antarabangsa terulung di dunia. Ia telah berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di
Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afrika, setelah Afrika Selatan menewaskan
Maghribi dan
Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika.Kejohanan ini menyaksikan 736 pemain mewakili 32 pasukan yang merebut
Piala Dunia dalam perlawanan yang diadakan di sepuluh buah stadium di seluruh Afrika Selatan. Pasukan-pasukan yang layak dipilih melalui
proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007.Kejohanan bermula pada 11 Jun dari
peringkat kumpulan, di mana 32 pasukan yang layak dibahagikan kepada lapan kumpulan
bergilir-gilir bertanding untuk merebut mata, iaitu dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke pusingan kedua. 16 pasukan itu mara ke
peringkat kalah mati ulai 26 Jun, yang mana perlawanan yang bermarkah seri selepas tempoh biasa terpaksa dikenakan
masa tambahan, dan juga
sepakan penalti jika perlu, sehinggalah
Perlawanan Akhir Piala Dunia, yang berlangsung pada 11 Julai di stadium
Soccer City di
Johannesburg.Kejohanan ini dimenangi oleh
Sepanyol yang menumpaskan finalis kali ketiga,
Belanda 1–0 selepas
masa tambahan, hasil jaringan
Andrés Iniesta yang mengurniakan kejuaraan pertama bagi negara Sepanyol. Pasukan
Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang tersingkir di peringkat kumpulan sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia; tidak lupa juga juara bertahan
Itali dan bekas naib juara
Perancis yang berentap di perlawanan akhir empat tahun lalu, turut tersingkir di pusingan pertama, manakala pasukan-pasukan terulung dari
Argentina,
Brazil dan
Jerman terkeluar di peringkat kalah mati. Kejohanan tahun 2010 ini menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah menjuarai kejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan di luar benua tersebut, dan juga kali pertama dua pasukan Eropah berbeza berturut-turut menjuarai kejohanan. Kemenangan Sepanyol turut menambah bilangan negara juara Piala Dunia kepada lapan.