Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Itali

Pasukan bola sepak kebangsaan Itali (Bahasa Itali: Nazionale di calcio dell’Italia) adalah sebuah pasukan yang mewakili Itali dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), sebuah badan pentadbir untuk bola sepak di Itali. Itali merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan kedua yang paling berjaya di dunia, iaitu berkedudukan di belakang Brazil. Mereka telah melakar sejarah apabila telah menjadi juara untuk pertandingan Piala Dunia FIFA sebanyak empat kali (1934, 1938, 1982, 2006) Selain daripada itu, mereka juga telah menjadi juara Kejohanan Eropah (1968), memenangi pingat emas di pertandingan Kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah. Warna tradisi bagi pasukan ini (juga bagi semua pasukan kebangsaan Itali dan atlet yang secara rasminya mewakili Itali) adalah biru azure[2] (azzurro, dalam bahasa Itali), berikutan "Azzurro Savoia" (Biru Savoy). Warna tersebut secara tradisinya berkait dengan dinasti diraja yang menyatukan Itali pada tahun 1861 dan kekal dalam standard rasminya melalui Presiden Itali.Pasukan ini tidak mempunyai "stadium tuan rumah" yang tetap seperti pasukan kebangsaan yang tertentu. Tempat latihan utama terletak di ibu pejabat FIGC di Coverciano, Florence. Pasukan ini memainkan perlawanan tempatan mereka di pelbagai stadium di seluruh Itali.

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Itali

Kedudukan tertinggi FIFA 1 (November 1993, Februari 2007, April-Jun 2007, September 2007)
Kedudukan terendah FIFA 16 (April 1998, Oktober 2010)
Kapten Gianluigi Buffon
Kemunculan 2 (Kali pertama pada 2009)
Kedudukan Elo 10
Kaps terbanyak Gianluigi Buffon (154)
Kod FIFA ITA
Ketua jurulatih Roberto Mancini
Kedudukan tertinggi Elo 1 (Jun 1934 – Mac 1940, Disember 1940 – November 1945, Julai–Ogos 2006)
Persatuan Persekutuan Bola Sepak Itali
Federazione Italiana Giuoco Calcio (FIGC)
Penjaring terbanyak Luigi Riva (35)
Keputusan terbaik Tempat Ketiga (2013)
Konfederasi UEFA (Eropah)
Kedudukan terendah Elo 21 (November 1959)
Kedudukan FIFA 13 ▲ 2 (28 November 2019)[1]
Anugerah Rekod pingat Olimpik Bola Sepak Lelaki 1936 Berlin[nota 1]Berpasukan 1928 Amsterdam[nota 1]Berpasukan 2004 Athens[nota 2]Berpasukan Bola Sepak Lelaki Rekod pingat Olimpik
Gelaran Gli Azzurri

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Itali http://www.a2bworldcup.com/italy.html http://www.amoia.bravehost.com/calcio.html http://www.footballdatabase.com/index.php?page=nat... http://www.homestead.com/forza_azzurri/main.html http://www.planetworldcup.com/NATIONS/ita.html http://www.planetworldcup.com/NATIONS/ita_qualify.... http://www.planetworldcup.com/NATIONS/ita_squads.h... http://www.rsssf.com/miscellaneous/ital-coach-triv... http://www.rsssf.com/miscellaneous/ital-recintlp.h... http://www.rsssf.com/tablesi/ital-intres.html