Roberto_Mancini
Roberto_Mancini

Roberto_Mancini

Roberto Mancini (sebutan bahasa Itali: [roˈbɛrto manˈtʃiːni]; lahir 27 November 1964) ialah pengurus dan bekas pemain bola sepak Itali. Beliau merupakan ketua jurulatih semasa F.C. Internazionale Milano. Sebagai pemain, Mancini bermain sebagai penyerang dan dikenali dengan tempohnya di Sampdoria dimana dia bermain lebih daripada 550 perlawanan dan membantu mereka memenangi kejuaraan Serie A, empat Coppe Italia dan Piala Pemenang Piala Eropah. Dia membuat 36 penampilan untuk Itali, mengambil bahagian dalam UEFA Euro 1988 dan Piala Dunia FIFA 1990. Pada tahun 1997, selepas 15 tahun di Sampdoria, Mancini meninggalkan kelab itu untuk menyertai Lazio dimana dia memenangi Scudetto, Piala Pemenang Piala, Piala Super UEFA dan dua Coppe Italia.Peranan pertama Mancini sebagai pengurus adalah di Fiorentina ketika berumur 35 tahun dan membimbing mereka memenangi Coppa Italia, tetapi meninggalkan Fiorentina yang berdepan bankrap. Beberapa bulan kemudian, dia mengambil alih sebagai pengurus di Lazio. Pada tahun 2004, Mancini ditawarkan tugas pengurus di Internazionale. Dia berjaya membimbing kelab itu memenangi tiga kejuaraan Serie A berturut-turut sebelum dipecat pada tahun 2008.[1][2]Selepas keluar daripada bola sepak selama lebih setahun, Mancini dilantik sebagai pengurus Manchester City pada bulan Disember 2009.[3] Pada musim 2010–11, musim penuh pertamanya di Manchester City, Mancini membimbing kelab itu ke bola sepak Liga Juara-Juara dan memenangi Piala FA.[4][5] Pada musim 2011–12, Mancini membimbing Manchester City memanngi kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 44 tahun.[6] Dibawah Mancini, Manchester City layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 tetapi dikalahkan oleh Wigan Athletic 1–0.[7] Mancini dipecat pada 13 Mei 2013,[8] dan pada bulan September tahun itu, dia mengambil alih tugas di Galatasaray.

Roberto_Mancini

2001 Leicester City (pinjam)
1997–2001 Lazio
2001–2002 Fiorentina
2014– Internazionale
Tarikh lahir (1964-11-27) 27 November 1964 (umur 55)
2004–2008 Internazionale
Kelab terkini Internazionale (pengurus)
1982–1986 Itali B21
1982–1997 Sampdoria
2002–2004 Lazio
Nama penuh Roberto Mancini
2009–2013 Manchester City
2013–2014 Galatasaray
Posisi permainan Penyerang
Tahun Pasukan
Tempat lahir Iesi, Itali
1984–1994 Itali
Ketinggian 1.79 m (5 ka 10+1⁄2 in)
1981–1982 Bologna

Rujukan

WikiPedia: Roberto_Mancini http://www.abc.net.au/news/stories/2007/03/01/1860... http://www.goal.com/en-gb/people/italy/170/roberto... http://www.heraldscotland.com/sport/english-footba... http://www1.skysports.com/football/news/11679/7754... http://www.soccerbase.com/managers/manager.sd?mana... http://web.archive.org/web/20130302140705/http://w... http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/22409634 http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/22507128 http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-... http://www.independent.co.uk/sport/football/news-a...