Kerajaan_Itali_(1861–1946)
Kerajaan_Itali_(1861–1946)

Kerajaan_Itali_(1861–1946)

Kerajaan Beraja Itali (Itali: Regno d'Italia) adalah negara yang dibentuk pada tahun 1861 melalui penyatuan Itali yang berada dibawah pengaruh kerajaan Sardinia. Raja Sardinia, Victor Emmanuel II diisytiharkan sebagai raja kerajaan Itali. Kerajaan ini wujud sehingga tahun 1946 setelah rakyat Itali memilih sistem pemerintahan republik berbanding monarki dalam satu pungutan suara perlembagaan. Kerajaan ini merupakan kerajaan di Itali pertama yang mencakupi seluruh kawasan semenanjung Itali selepas kejatuhan empayar Rom.Itali mengumumkan perang ke atas Empayar Austria dan juga pakatan Prusia pada 1866: Tentera Prussia pimpinan Bismarck telah berjaya menawan Veneto. Tentera Itali memasuki Rom pada 1870 dan menamatkan seribu tahun kekuasaan Paus. Itali telah menerima cadangan Bismark untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Tiga Negara bersama Jerman dan Austria-Hungary pada 1882, berikutan perbezaan pendapat yang kuat dengan Perancis mengenai pengembangan kawasan penjajahan masing-masing. Walaupun hubungan dengan Berlin semakin baik, pakatan dengan Vienna masih lagi formal semata-mata kerana kawasan tanah Itali seperti Trentino dan Trieste masih menjadi sebahagian daripada pemerintahan Austria-Hungary. Jadi, pada 1915, Itali telah menerima ajakan British untuk menyertai pihak Berikat dalam Perang Dunia I kerana pihak berikat barat dijanjikan pampasan kawasan wilayah untuk mendapatkan semula tanah Itali yang dijajah oleh Austria-Hungary."Fasis Itali" adalah era pemerintahan Parti Fasis Kebangsaan dari tahun 1922 hingga 1943 dengan Benito Mussolini sebagai ketua totalitarian. Pihak fasis mengenakan pemerintahan totalitarian serta menghapuskan pihak pembangkang politik dan intelektual. Di samping itu, pihak fasis turut menggalakkan pemodenan dari segi ekonomi, nilai-nilai sosial tradisional dan pemulihan hubungan baik dengan Gereja Katolik. Menurut Payne (1966), "rejim Fasis melalui beberapa fasa yang agak berbeza". Fasa pertama (1923–1925) merupakan ukuran kesinambungan daripada sistem berparlimen meskipun dengan "kediktatoran eksekutif yang diuruskan secara sah". Fasa kedua pula merupakan "penubuhan pemerintahan diktator Fasis" dari tahun 1925 hingga 1929 manakala fasa ketiga dengan aktivisme yang kurang berlaku pada 1929 hingga 1934. Fasa keempat (1935-1940) telah dicirikan oleh dasar luar yang agresif, peperangan di Habsyah, konfrontasi terhadap sekatan Liga Bangsa, autarki ekonomi yang berkembang dan Nazifikasi separa. Peperangan tersebut (1940–1943) sendiri adalah fasa kelima dengan berlakunya bencana dan kekalahan manakala rejim Salo di bawah kawalan Jerman pula adalah fasa yang terakhir (1943–1945).[1]Itali telah bersekutu dengan Jerman Nazi dalam Perang Dunia II sejak 1943. Ia bertukar pihak kepada pihak Berikat selepas menewaskan Mussolini dan menutup parti Fasis di kawasan (selatan Rom) yang dikawal oleh penakluk Berikat. Kawasan kekuasaan pihak Fasis di utara Itali merupakan negara boneka Jerman Nazi yang terus menentang pihak Berikat. Kawasan tersebut dikenali sebagai Republik Sosial Itali diketuai oleh Mussolini dan pengikut-pengikut setia Fasis. Apabila Perang Dunia II tamat, ketidakpuasan hati rakyat membawa kepada pungutan suara pada tahun 1946 bagi memilih sama ada mengekalkan sistem beraja di Itali atau membubarkannya. Akhirnya, rakyat Itali memilih untuk menjadi sebuah negara republik dan membentuk Republik Itali di mana ia merupakan negara Itali yang kita lihat sehingga hari ini.

Kerajaan_Itali_(1861–1946)

1936 310,120 km2 (119,740 bt2)
Raja  
Ibu kota Turin (1861-1864)
Florence (1864-71)
Roma (dari 1871)
Pemerintahan Raja berperlembagaan
• Dewan Pertuanan Senat
• Dewan Rakyat Dewan Rakyat
• 1922-43 Benito Mussolini
Perundangan Parlimen
• Pakatan Besi 22 Mei 1939
• 1900-46 Vittorio Emanuele III
Agama Gereja Roman Katolik
• 1861-78 Vittorio Emanuele II
• Pembubaran Pembubaran
Sejarah  
• Gerakan di Rom 22 Oktober 1922
• 1945-46 Alcide De Gasperi (terakhir)
• 1946 Umberto II
• 1936 42399000
Mata wang Lira Itali
• 1911 36921000
Perdana Menteri  
• 1861 26328000
• DitubuhkanDitubuhkan 17 Mac 1861
• 1878-1900 Umberto I

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan_Itali_(1861–1946) http://www.amazon.com/Battle-Adwa-African-Victory-... Http://www.axishistory.com/index.php?id=37 http://www.edwardvictor.com/Holocaust/italy_main.h... http://books.google.com/books?id=MTWM6PjNvBMC&pg=P... http://books.google.com/books?id=nOALhEZkYDkC&pg=P... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,7... http://www.nationalanthems.info/it-gio.htm http://greatoceanliners.net/rex.html http://www.jstor.org/stable/2597973 http://www.jstor.org/stable/40761155