Penyatuan_Itali

Penyatuan Itali (Itali: Risorgimento [risordʒiˈmento], bermaksud Kebangkitan) ialah pergerakan politik serta sosial yang menggabungkan negera-negara berlainan di semenanjung Itali kepada negara tunggal Kerajaan Itali dalam abad ke-19. Walaupun tiada persetujuan tentang tarikh sebenar bagi bermula dan berakhirnya tempoh ini, kebanyakan ilmuan bersetuju bahawa proses ini bermula pada tahun 1815 dengan Kongres Vienna dan di hujung pemerintahan Napoleon, dan berakhir pada tahun 1870 dengan Pengepungan Rom.[1][2] Walau bagaimanapun, sesetengah terre irredente tidak menyertai Kerajaan Itali sehinggalah selepas Perang Dunia I dengan Perjanjian Saint-Germain. Sesetengah nasionalis melihat Genjatan senjata Villa Giusti sebagai penghujung penyatuan.[3]