Sejarah Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Itali

Asal-usul dan dua Piala Dunia yang pertama (1910-1938)

Giuseppe Meazza

Perlawanan pertama bagi pasukan ini telah diadakan di Milan pada 15 Mei 1910 di mana Itali mengalahkan Perancis dengan jaringan 6–2.[3] Sedikit kekacauan telah menyebabkan para pemain Pro Vercelli, sebuah pasukan terabik dalam liga, terkeluar daripada perlawanan. Pada akhir perlawanan, semua pemain telah menerima beberapa paket rokok sebagai hadiah daripada 4,000 penonton yang bertindak membalingnya.[4] Pasukan Itali terdiri daripada (dengan formasi 2–3–5): De Simoni; Varisco, Calì; Trerè, Fossati, Capello; Debernardi, Rizzi, Cevenini I, Lana, Boiocchi. Kapten pertama bagi pasukan ini ialah Francesco Calì.[5]

Pasukan ini berjaya memperoleh pingat gangsa dalam perlawanan rasmi di Sukan Olimpik Musim Panas 1928, Amsterdam. Selepas kalah pada peringkat separuh akhir menentang Uruguay, jaringan 11–3 terhadap Mesir telah mengesahkan kedudukan mereka dalam tempat ketiga.

Selepas enggan menyertai perlawanan Piala Dunia pertama, (1930, di Uruguay) pasukan Itali telah memenangi dua edisi Piala Dunia (1934 dan 1938) secara berturut-turut di bawah kendalian jurulatih Vittorio Pozzo dan pemain terbaik Itali sepanjang masa, Giuseppe Meazza. Antara pemain hebat dalam zaman tersebut termasuklah Luis Monti, Giovanni Ferrari, Giuseppe Ruffino dan Virginio Rosetta. Pada Piala Dunia 1934, mereka telah mengalahkan Czechoslovakia hasil jaringan 2–1 oleh Raimundo Orsi dan Angelo Schiavio sewaktu di Rom.

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Itali http://www.a2bworldcup.com/italy.html http://www.amoia.bravehost.com/calcio.html http://www.footballdatabase.com/index.php?page=nat... http://www.homestead.com/forza_azzurri/main.html http://www.planetworldcup.com/NATIONS/ita.html http://www.planetworldcup.com/NATIONS/ita_qualify.... http://www.planetworldcup.com/NATIONS/ita_squads.h... http://www.rsssf.com/miscellaneous/ital-coach-triv... http://www.rsssf.com/miscellaneous/ital-recintlp.h... http://www.rsssf.com/tablesi/ital-intres.html