Piala_Dunia_FIFA_1938
Piala_Dunia_FIFA_1938

Piala_Dunia_FIFA_1938

Piala Dunia FIFA 1938 adalah Piala Dunia FIFA edisi yang ketiga, yang diadakan di Perancis dari 4 Jun hingga 19 Jun 1938. Itali menjadi juara dua kali berturut-turut pada Piala Dunia ketiga ini, setelah mengalahkan Hungary di perlawanan akhir dengan keputusan jaringan 4 – 2.Pada Piala Dunia ini, untuk pertama kalinya juara bertahan, Itali mara ke Piala Dunia secara automatik tanpa melalui kelayakan bersama Perancis yang merupakan tuan rumah. 37 negara menyertai pusngan kelayakan, dan setelah kelayakan, 16 pasukan akan mara ke pusingan akhir Piala Dunia. Austria menarik diri di saat-saat akhir membuatkan yang bertanding hanya 15 negara. Indonesia melakukan kemunculan pertamanya di Piala Dunia ini, yang juga merupakan penyertaan peserta dari zon Asia pertama, kerana ketika kelayakan berlangsung, Jepun tidak ikut serta. Indonesia yang saat itu dikenali sebagai "Hindia-Belanda" (mewakili persekutuan sepak bola Hindia-Belanda, NIVU) kalah 0-6 kepada Hungary. Penjaring gol terbanyak adalah Leônidas dengan 8 gol dari Brazil.

Piala_Dunia_FIFA_1938

Naib Juara  Hungary
Tarikh 4 Jun – 19 Jun
Kehadiran 369,720 (20,540 per perlawanan)
Jumlah perlawanan 18
Pasukan 15 (dari 4 konfederasi)
Juara  Itali (Kejuaraan Ke-2)
Penjaring terbanyak Leônidas (7 gol)
Tempat Ketiga  Brazil
Jaringan gol 84 (4.67 per perlawanan)
Negara tuan rumah  Perancis
Tempat Keempat  Sweden
Tempat 10 (di 10 bandar)

Rujukan

WikiPedia: Piala_Dunia_FIFA_1938 http://www.fifa.com/mm/document/afdeveloping/techn... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mencompw... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/f... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/f... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/f... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/f... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/f... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/f... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/f... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/f...