Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Indonesia
Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Indonesia

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Indonesia

Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia merupakan pasukan yang mewakili negara Indonesia di kejohanan bola sepak antarabangsa, Ianya dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI). Pasukan Indonesia merupakan pasukan pertama dari Asia yang layak beraksi di Piala Dunia pada tahun 1938. Namun pada masa itu mereka menggunakan nama Hindia Timur Belanda. Sehingga kini, kekalahan 6-0 kepada Hungary masih menjadi satu-satunya perlawanan pertama Piala Dunia untuk Indonesia.[7][8]Pasukan ini hanya sekali sahaja memasuki kejohanan bola sepak di Sukan Olimpik iatu pada tahun 1956 di Melbourne, Australia, di mana mereka menentang Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Soviet di peringkat suku akhir, yang juga merupakan pemenang pingat emas di kejohanan tersebut, dengan kepotusan seri, namun tewas 0-4 dalam perlawanan semula. Pasukan Indonesia layak ke Piala Asia sebanyak empat kali, tetapi tidak pernah menunjukkan kemajuan untuk melepasi dari peringkat kumpulan. Prestasi terbaik Indonesia di Asia adalah di Sukan Asia 1958 di Tokyo, apabila telah meraih pingat gangsa. Pasukan ini telah mara sebanyak empat kali ke Pentas akhir Kejohanan Bola Sepak ASEAN, tetapi tidak pernah memenangi kejohanan tersebut.

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Indonesia

Kedudukan tertinggi FIFA 76 (September 1998)
Kapten Andritany Ardhiyasa
Kedudukan terendah FIFA 1 (Julai–Ogos 2016)
Kemunculan 4 (Kali pertama pada 1996)
Kedudukan Elo 178 ▼ 14 (25 November 2019)[4]
Kaps terbanyak Bambang Pamungkas (86)[1]
Kod FIFA IDN
Ketua jurulatih Shin Tae-yong
Kedudukan tertinggi Elo 50 (Julai–September 1958, Ogos 1961)
Sub-konfederasi AFF (Asia Tenggara)
Persatuan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI)
Penjaring terbanyak Bambang Pamungkas (38)[2]
Keputusan terbaik Pusingan 1 (1996, 2000, 2004, 2007)
Konfederasi AFC (Asia)
Stadium tuan rumah Stadium Bung Karno, Jakarta
Kedudukan terendah Elo 1 (September-November 2019)
Kedudukan FIFA 173 ▼ 2 (28 November 2019)[3]
Gelaran Garuda
Merah Putih