Bambang_Pamungkas
Bambang_Pamungkas

Bambang_Pamungkas

Bambang Pamungkas (lahir 10 Jun 1980) merupakan pemain bola sepak Indonesia yang berketinggian 171 cm. Beliau pernah bermain di kelab EHC Norad, Selangor dan Persija Jakarta.Setelah bermain di Belanda, beliau tidak meneruskan kontraknya dan pulang ke Indonesia. Selepas itu Bambang bermain di Liga Malaysia bersama Selangor. Pada tahun pertamanya beliau membantu Selangor merangkul 3 piala iaitu Liga Perdana Malaysia, Piala FA Malaysia serta Piala Malaysia dan menjadi penjaring terbanyak Selangor untuk musim 2005 dengan 24 gol dari 24 perlawanan liga.Kejayaan Bambang di Malaysia membuka pintu buat pemain-pemain dari Indonesia beraksi di Liga Malaysia.Pada musim 2005/06, Bambang dilihat kurang menyinar seperti musim sebelumnya. Lebih teruk, Selangor yang baru dinaikkan ke Liga Super gagal memenangi sebarang piala dan Selangor memutuskan untuk melepaskannya. Bambang kemudian kembali beraksi bersama Persija Jakarta.