Kumpulan_Brainwash


Kumpulan Brainwash merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan Brainwash berasal dari Pulau Pinang dan berjaya menjuarai Juara Rock di Pesta Pulau Pinang pada tahun 1990. Dalam pertandingan itu Brainwash mengalahkan 81 buah kumpulan lain, dan dengan berjaya mendapat tawaran rakaman lagu. Album pertama mereka, Menanti Kepastian diterbitkan melalui syarikat rakaman P & C 1991 EMI sdn bhd, dan diterbitkan oleh penerbit Hillary, Razman dan Kudin. Ia memuatkan sebanyak 10 lagu.[1]

Kumpulan_Brainwash

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Genre Rock