Kumpulan_DazMelon


Kumpulan DazMelon merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang bergerak secara bebas atau juga dikenali sebagai indie di Malaysia. Semuanya bermula pada pertengahan bulan Mac 1997, apabila Ayat bertemu Piranazs pada suatu malam di sebuah gerai makan. Mereka adalah rakan sedarjah sewaktu di sekolah rendah dan bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dari perbincangan mereka, Ayat bercadang ingin menubuhkan sebuah band untuk “berjamming” bersama-sama kenalan mereka setiap hari Sabtu. Pada mulanya band ini diberi nama T.N.S dan membawa muzik aliran grunge kerana Ayat lebih terpangaruh dengan muzik aliran itu dan kini telah menggunakan nama DazMelon sebagai nama kumpulan. Mempunyai empat orang anggota yang tetap. DazMelon telah melahirkan sebuah album berjudul 'IN D' yang memuatkan lima lagu termasuk single yang popular iaitu Terbang. 'IN D' menjadi judul album mereka kerana hampir semua lagu mereka menggunakan key@chord D. Album ini mengandungi lima buah lagu iaitu Terbang, Palsu, Tanda Soal, Kekasihku Curang dan Dilema.

Kumpulan_DazMelon

Berasal dari Ampang Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Pengkarya berkait Deja Voodoo Spells
Melodisaster
Heterodox
Billiary Atresia
Instrumen Gitar
Bass
Dram
Syarikat rakaman DazMeLoN Music Resources
Laman sesawang http://www.myspace.com/DazMelon
Ahli Equillanny (Vokal)
Piranasz (Bass,Vokal)
Ayat (Gitar Utama)
Ainol (Dram)
Achot (Sessionist)
Genre Indie Punk Rock
Bekas ahli Daniel (Dram)
Axllee (Vokal)
Ajim (Gitar Utama)
Tahun aktif 1997 hingga sekarang