Kumpulan_EMKAY

EMKAY Group Sdn. Bhd. (digayakan pada logo sebagai EMKAY) ialah sebuah konglomerat induk hartanah dan perumahan Malaysia. Ditubuhkan pada 1983 oleh usahawan hartanah, Mustapha Kamal Abu Bakar (1949–2022) yang turut berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif, ia merupakan salah satu pemaju hartanah utama Malaysia yang terlibat dalam kediaman, hartanah komersial, bangunan pejabat dan pembangunan peranginan.[4][5]

Kumpulan_EMKAY

Industri Hartanah, perumahan
Ibu pejabat Tower 16, Star Central @ Cyberjaya, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Pengasas Mustapha Kamal Abu Bakar[1][2]
Ditubuhkan 1983; 39 tahun yang lalu (1983)
Laman web rasmi www.emkay.com.my
Tempat diberi khidmat Malaysia
Anak syarikat MK Land Holdings Berhad
Tokoh penting
  • Felina Mustapha Kamal[3]
  • Fazwinna Mustapha Kamal
  • Farah Mahami Mustapha Kamal
  • Ahmad Khalif Mustapha Kamal
Nama perdagangan EMKAY
Jenis Awam