Kumpulan_Kool

Kumpulan Kool merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Nama kumpulan KOOL merupakan singkatan bagi Kami orang-orang lama kerana sebelum bergabung sebagai satu kumpulan mereka telah pun menceburi dunia seni. Hairee pernah mempunyai sebuah album solo, Riot pula pernah mendapat gelaran 'Michael Jackson Malaysia' manakala Jay dan Zack pula pernah menjadi penari. KOOL pernah melahirkan 3 buah album berjudul Bebas, Satu Arah dan Fantasi bersama Sony Music Malaysia.Mereka mula dikenali apabila menggantikan Ning Baizura untuk lagu 'Kau dan Aku' dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik Kategori Pop Rock pada tahun 1995. Ning Baizura ketika itu tidak lagi bersama Sony Music yang menyebabkan penyertaan lagu tersebut perlu digantikan dengan artis Sony Music lain.KOOL berjaya ke peringkat akhir iaitu Anugerah Juara Lagu 1995 dan memenangi kategori Pop Rock mengalahkan 3 calon lain dalam kategori yang sama. KOOL turut memenangi kategori yang sama dalam Anugerah Juara Lagu 1996 menerusi lagu Bebas. Pada ketika ini kumpulan ini telah mempunyai ahli baru iaitu Pat ("Taufik Ibrahim") Perancangan asal KOOL adalah untuk memiliki 5 orang anggota tetapi ia tidak kesampaian apabila Zack meninggalkan KOOL untuk menumpukan perhatian kepada pengajiannya di Akademi Seni Kebangsaan. KOOL kembali berempat semasa menyertai Juara Lagu 1996. Zack menggangotai kumpulan baru, V3 tidak lama kemudian.Pada tahun 1997, Riot pula meninggalkan KOOL dan digantikan dengan Azwa dan Yan. Sama seperti Zack, Riot juga menubuhkan kumpulan baru, KGB yang popular dengan lagu Hadirlah Kasih. KOOL berjaya ke peringkat akhir Juara Lagu 1997 melalui lagu Cemburu tetapi tidak berjaya memenangi kategori Pop Rock. Kategori tersebut dimenangi oleh kumpulan A to Z menerusi lagu Itik Gembo-Gembo.KOOL masih aktif sehingga 2012. [1]Ahli Kumpulan Kool asal yang dianggotai oleh Riot, Jay, Hairie, dan Zack, juga telah bergabung dengan kumpulan Nico, kumpulan Shades dan kumpulan A To Z di bawah nama GX4 dan muncul dengan dua buah single berjudul Integriti dan Kerana Kasihmu serta dua buah lagu popular mereka iaitu Bebas dan Satu Arah.[2]

Kumpulan_Kool

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Pengkarya berkait Berkumpulan
Instrumen NA
Syarikat rakaman Sony Music
Laman sesawang http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/Kool.html
Ahli Hairie ("Mohd Khairi Yaacob")
Riot ("Shaiful Azri Mohd Ariffin")
Genre New Jack Swing, Hip Hop
Bekas ahli Jay ("Jalani Shuib")
Pat ("Taufik Ibrahim")
Zack ("Zulkifli Mohamad")
Tahun aktif 1990-an