Kumpulan_Laksamana

Kumpulan Laksamana merupakan salah satu kumpulan penyanyi Melayu, Malaysia[1] yang mencipta nama sekitar tahun 1990-an.[2] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Mereka terkenal dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta yang mendapat sambutan baik daripada para peminatnya.[3]Kumpulan Laksamana hanya sempat merakamkan dua album sahaja. Album pertama berjudul Syukur mendapat sambutan hangat dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta. Sementara lagu Bulan Madu Dalam Hempedu dipetik dari album kedua mereka berjudul Resah. Album ini masih mengekalkan konsep yang hampir dengan album terdahulu. Lagu 'jiwa-jiwa' masih menjadi senjata utama kumpulan Laksamana.

Kumpulan_Laksamana

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Pengkarya berkait Berkumpulan
Syarikat rakaman P & C BMG Pacific Sdn Bhd
Ahli Mizi
Lokman
Ahmad
Nizam Arjuna
Genre rock
Bekas ahli Rosli
Man
Syam
jamier
Lax'mira
Man second
Tahun aktif 1990-an