Kumpulan_Masterpiece

Masterpiece ialah sebuah kumpulan muzik rock Iban dari Sibu, Sarawak, Malaysia yang ditubuhkan pada 2003 sebagai Masterjam, terkenal dengan single, "Sinu", "Kumang Seari" dan "Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai". Kumpulan ini terdiri daripada Depha Masterpiece (vokalis), Willy Edwin (gitaris utama), Kennedy Edwin (gitaris), Watt Marcus (pemain bes), Harold Vincent (dram), Valentine Jimmy dan Roslee Qadir (keyboard). Kumpulan ini dinamakan semula sebagai Masterpiece pada 2005 selepas Depha dipilih sebagai vokalis baru. Pemain dram Roni dan keyboardis Dellender Wilson dan Timothy merupakan bekas ahli kumpulan ini.[1]Sejak penubuhannya, kumpulan ini telah mengeluarkan empat album studio dan tiga lagu untuk album kompilasi pelbagai artis Gawai dan telah mencapai kejayaan menerusi album pertama mereka, Merindang Ke Bintang pada 2009. Album ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk album pertama terbaik diterbitkan 2009-2010 semasa Anugerah Muzik Dayak 2010, di Sarawak.[2] Album kedua Masterpiece Rock & Roll (2013), juga berjaya; yang menduduki kedudukan teratas di carta radio tempatan selama berbulan. Album ketiga Masterpiece, Ngap Sayot (2014), merupakan kejayaan komersial, walaupun tidak pada tahap dua album terdahulu mereka. Kejayaan arus perdana kumpulan ini diteruskan dengan Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai (2016), yang menerima pujian kritis, menjadi keluaran mereka yang paling dinamakan sehingga kini. Pada Disember 2016, single utama dari album ini, "Ngarap Ka Nuan Nikal Pulai" menjadi lagu Iban pertama untuk mencapai satu juta tontonan di Youtube.[3] Album kelima kumpulan ini, Ensera Paragon dikeluarkan pada Ogos 2018 menerusi label utama mereka, Warner Music Malaysia.[4]Sepanjang kerjaya mereka, Masterpiece telah dianggap sebagai salah satu kumpulan rock Iban yang paling berpengaruh dan penting di Sarawak dan telah diiktiraf oleh beberapa Anugerah Muzik Sarawak; Sehingga kini, mereka ini telah menerima anugerah dari pelbagai pencalonan. Anugerah terkemuka yang dimenangi termasuk Kumpulan Paling Popular, diundi oleh peminat menerusi SMS di Anugerah Muzik Dayak 2010 dan Artis Rock Terbaik di Anugerah Muzik Dayak 2014.[5][2]