Kumpulan_Metal_Wizard

Kumpulan Metal Wizard merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia pada era 1980-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan ini dianggotai oleh sekumpulan pemuda yang kesemuanya berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri daripada Rosli (gitar), Mazlan (gitar), Yan (bass), Danas (keyboard), Razali dan Burn (vocal). Mereka menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi dan mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLN dan JKR Raub, Pahang. Berkembang dari itu, mereka mula bergiat aktif membuat persembahan di majlis kahwin atau di funfair sekitar bandar Raub.Pada tahun 1986, kumpulan Metal Wizard telah menyertai pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang yang di anjurkan oleh Dewi Suhana Studio Johor Bharu, dan berjaya menggondol tempat pertama, sekaligus menaikan nama kumpulan Metal Wizard ketika itu di Pahang. Mereka kemudian menyertai Pertandingan Juara Rock Malaysia pada tahun yang sama, bersaing dengan kumpulan May, Desire dan The Kids. Namun, mereka gagal merangkul sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut. Sungguhpun gagal,kumpulan Metal Wizard tetap berkecimpung dalam bidang hiburan, malah giat berlatih disamping menghantar demo pada beberapa syarikat rakaman. Usaha mereka akhirnya berjaya menghasilkan kejayaan apabila mereka telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri). Mereka kemudian mengambil keputusan menukarkan nama kumpulan mereka kepada kumpulan Meditasi.

Kumpulan_Metal_Wizard

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Nama lahir Metal Wizard
Pengkarya berkait Berkumpulan
Juga dikenali sebagai Meditasi
Genre rock
Bekas ahli Rosli Ahmad (Liey)- Guitar, Ahmad Sufian (Yan)- Bass, Bakaruddin Daud (Burn), Atan
Tahun aktif 1984-1989