Kumpulan_Moin


Kumpulan Moin merupakan sebuah kumpulan penyanyi adik beradik yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.[1]Kumpulan adik beradik ini bernaung di bawah syarikat rakaman NSR. Nama kumpulan mereka telah dipilih oleh penerbit mereka Iman Wan. Pemilihan ini dibuat kerana menimbangkan bahawa nama Moin mempunyai keunikan dan nilai komersial yang tersendiri.[2]Bagi album sulung mereka, kumpulan Moin memilih untuk mempertaruhkan konsep pop rock berdasarkan di mana konsep muzik tersebut mempunyai kesesuaian dengan vokal mereka.