Biografi Kumpulan_Mojo

Pembentukan

Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan 'Super-Band' yang mempertaruhkan konsep 'Classic Synth-Rock'sebagai identiti.

MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor, sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi pada single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan MOJO ke arena seni muzik tanah air berjudul "Andai Ku Bercinta Lagi".

Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu "Andai Ku Bercinta Lagi" ciptaan Edry, "Agar Tetap Indah" ciptaan gitaris Denny, dan "Mimpi" ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep 'Synth-Rock' MOJO kepada peminat seni tanah air.

Pada Tahun 2015 MOJO telah Mengeluarkan album Terbaru Mereka yang bertajuk Nada dengan Menampilkan vokilis baru mereka Ryan yang menggantikan posisi Aweera vokal penyanyi MOJO terdahulu , MOJO Telah Mengeluarkan album Kedua mereka yang bertajuk Nada dengan Single Hits Mereka 'Dahsyat' 'Roman Cinta' 'Kau' dan 'kelabu'.