Sejarah Kumpulan_Spider

Album pertama mereka diterbitkan pada tahun 1999 berjudul Ngam Ho dan berjaya memperkenalkan lagu hits "Mungkinkah terjadi". Aladin muncul pada tahun 2002 dan album ini terjual melebihi 60,000 unit menerusi lagu hit Aladin, Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin. Pada tahun 2004, album berjudul Nazraku yang memperkenalkan lagu hit Nazraku, Cinta Dewa Dewi dan Relaku Pujuk. Album ini telah memenangi anugerah Album Terbaik pada AIM 12, tidak cukup dengan itu Spider telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk.Pada tahun 2007, Spider menerbitkan album Bintang 12. Album ini telah mendapat sambutan ramai selain mendapat pujian pihak media kerana kreativiti mereka menerusi lagu hit, Mabuk, Salut, Anti Graviti dan Bila Nak Saksi. Album ini juga telah dicalonkan menerusi kategori Album Rock Terbaik di AIM 15.Di antara anugerah yang mereka kecapi ialah: