Kumpulan_Tentera_Darat_Tengah

Kumpulan Tentera Darat Tengah (Bahasa Jerman: Heeresgruppe Mitte) adalah dua nama berbeza kumpulan tentera darat strategik Jerman yang berperang di Perbatasan Timur semasa Perang Dunia II. Kumpulan Tentera Darat Tengah yang pertama telah ditubuhkan pada 22 Jun 1941, sebagai salah sebuah daripada tiga formasi Tentera Darat Jerman yang ditugaskan dalam pencerobohan Soviet Union (Operasi Barbarossa). Pada 25 Januari 1945, selepas ia dikepung dalam kelompok Königsberg, Kumpulan Tentera Darat Tengah telah dinamakan semula Kumpulan Tentera Darat Utara (Heeresgruppe Nord), dan Kumpulan Tentera Darat A (Heeresgruppe A) menjadi Kumpulan Tentera Darat Tengah. Formasi yang kedua mengekalkan namanya sehingga penghujung perang di Eropah.