Königsberg
Königsberg

Königsberg

Königsberg merupakan sebuah bekas bandar di Jerman, ibu negeri wilayah Prusia Timur dari lewat Zaman Pertengahan hingga tahun 1945. Lokasi strategiknya di timur Laut Baltik menjadikan Königsberg antara pelabuhan terbesar di Jerman selepas Hamburg, Stettin dan Rostock. Königsberg juga memainkan peranan penting sebagai sebuah bandar universiti (Universiti Königsberg ataupun dikenali sebagai Albertina) dan berkembang sebagai sebuah pusat intellektual dan kebudayaan Jerman. Selama kewujudannya, Königsberg telah melahirkan ramai tokoh Jerman yang tersohor dalam bidang falsafah, sastera dan matematik, antaranya Immanuel Kant, David Hilbert, Käthe Kollwitz, ETA Hoffmann dan Michael Wieck (seorang cucu saudara pemuzik terkenal Robert Schumann). Setelah hampir 700 tahun didiami oleh kaum etnik Jerman, Königsberg diserahkan kepada Kesatuan Soviet selepas kekalahan rejim Nazi dalam Perang Dunia Kedua. Penduduk asalnya dibuang negeri dan digantikan dengan kaum Rusia. Königsberg dinamakan semula kepada Kaliningrad.