Kumpulan_The_Muffins


Kumpulan The Muffins merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu berentak Indie Pop Rock walaupun pada mulanya sering disalah anggap sebagai sebuah kumpulan dari Indonesia. Berjaya menghasilkan sebuah album sendiri dan album kedua yang tidak dapat dikeluarkan kerana masalah dengan syarikat rakaman. Berpaksikan kepada muzik dari kumpulan seperti Radiohead, The Beatles, The Ramones, The Verve, Dewa, Padi dan lain-lain, hasilnya adalah sebuah album yang lebih bersifat ekperimen. Olahan dan adunan muzik yang bersahaja tetapi mantap, dan dengan persembahan pentas yang menghiburkan dan bertenaga dengan aksi lompatan-lompatan pentas mereka, kerana mereka percaya bahawa penonton yang hadir ke persembahan pentas mahukan hiburan, bukan sekadar mendengar lagu.