Kumpulan_The_Swallows

Kumpulan The Swallows merupakan sebuah kugiran yang aktif pada era 1960-an. Ia pernah merakamkan lagu pada piring hitam dengan penyanyi utamanya Kassim Slamat, Ahmad Daud. Mereka juga pernah mengiringi M. Bakri dan Rafeah Buang.Kumpulan The Swalows ini mula dikenali dengan lagu Si Manis 17 yang dimuatkan dalam filem Sayang Si Buta. Lagu itu dinyanyikan Ahmad Daud. Apabila beliau meninggalkan kumpulan itu sebagai penyanyi, tempatnya terus digantikan oleh Kassim Selamat. Ketika itu, kumpulan The Swalows kurang mendapat perhatian sehingga tidak dipedulikan pengurus kelab malam atau penganjur persembahan pentas walaupun sudah merakamkan lagu. Untuk mencari kelainan, mereka mencipta dan mempersembahkan lagu dalam bahasa Bawean. Dan ia berjaya mendapat perhatian peminat, dam mereka mendapat banyak undangan bagi mengadakan persembahan di pelbagai tempat.Kumpulan The Swalows adalah antara kumpulan muzik terawal yang menjadi artis di bawah label EMI. [1]Kumpulan The Swallows kemudiannya kurang aktif membuat rakaman akibat penjualan rekod piring hitam yang menurun akibat kegiatan cetak rompak. Mereka bagaimanapun turut terbabit dalam persembahan muzikal Suzana@60-an di Istana Budaya 2006.