Ahmad_Daud
Ahmad_Daud

Ahmad_Daud

Seniman Dato' Ahmad Daud Mohamad Hashim (1932-2002) ialah seorang penyanyi dan pelakon Melayu Malaysia era 1960-an / 1990-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Filem Siapa Besar adalah filem pertama Ahmad Daud dengan Shaw Brothers MFP Studio. Kemudian, beliau membintangi filem-filem lain seperti Kacha Permata, Aksi Kuching, Sayang Si Buta (hanya sebagai penyanyi undangan untuk lagu Si Manis Tujoh Belas iringan The Swallows), Pusaka Pontianak (lagu popular: Pontianak iringan kumpulan The Swallows) dan Permintaan Terakhir (filem warna keluaran Studio Merdeka, KL milik Shaw Brothers memegang watak bapa kepada Uji Rashid). Ahmad Daud juga ada menerbitkan beberapa album di bawah label Panda Records, khususnya untuk A. Ramlie & Maria Bachok dan Rahimah Rahim. Beliau juga sempat berduet dengan anak saudaranya Rahimah untuk lagu Pakcikku Bergaya (saduran lagu Inggeris iaitu Summerwild).Beliau juga sempat menjadi DJ sambilan Radio Malaya Singapura, selain mengacarakan rancangan The Ahmad Daud Show di RTM TV1 sekitar tahun 1970-an. Fasihnya Ahmad Daud berbahasa Inggeris ialah sebab beliau pernah bersekolah di Penang Free School tempat ayahnya mengajar, juga merupakan guru sekolah P. Ramlee dan Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail (bekas Menteri Luar Malaysia). Rakaman terakhir beliau ialah untuk rancangan Rollin' Good Times yang disiarkan di Channel 5 (Singapura) pada tahun 1994, di mana beliau bersama Julie Sudiro dan almarhum Rahim Hamid menyampaikan lagu Unforgettable (nyanyian asal Nat King Cole). Kaset dan cakera padat rancangan ini diterbitkan oleh syarikat rakaman Singapura, Hype Records dan dijual di Malaysia dan Singapura.Ahmad Daud juga adalah pengasas Surau Taman Melawati tempat beliau tinggal hingga ke akhir hayatnya.