Ekonomi Kunak

Kilang milik IOI

Sektor pertanian merupakan aktiviti utama bagi daerah Kunak. Kira-kira 80,000 hektar kawasan tanah di daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di daerah Kunak. Mengikut laporan daripada Jabatan Pertanian,[bila?] tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanami dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan tanaman-tanaman kontan lain. Antara syarikat besar yang mempunyai estet di daerah ini ialah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di daerah Kunak.[perlu rujukan]

Koko

Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960-an. Bagaimanapun, tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan yang mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini,[bila?] keluasan tanaman koko di daerah Kunak ialah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke bandar Tawau di mana terdapat kilang memproses biji koko. [perlu rujukan]

Perikanan

Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan[nyatakan menurut siapa?] telah menjadi satu tradisi bagi penduduk bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan ialah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini ialah 254 buah. Selain daripada nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada tahun 1997 dan 1998 ialah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri (Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 - 2000).