Kuprum(II)_karbonat
Kuprum(II)_karbonat

Kuprum(II)_karbonat

Kuprum(II) karbonat ialah sebatian kimia biru kehijauan (formula kimia CuCO3) yang membentuk kebanyakan patina pada loyang, gangsa, dan tembaga yang telah terluluhawa. Warnanya boleh berubah-ubah daripada biru terang kepada hijau, yang disebabkan campuran kedua-dua kuprum karbonat dan kuprum karbonat bes dalam pelbagai peringkat penghidratan. Ia dahulunya digunakan sebagai pigmen, dan masih digunakan untuk pewarna pelukis.Ia juga digunakan dalam beberapa jenis mekap atau alat solek, seperti gincu, sungguhpun boleh menjadi beracun kepada manusia. Ia juga sudah lama digunakan sebagai racun alga yang berkesan dalam kolam ternakan dan operasi akuakultur.Kuprum karbonat mengurai pada suhu-suhu tinggi, menghasilkan karbon dioksida dan meninggalkan baki kuprum(II) oksida.CuCO3(p) ---> CuO(p) + CO2(g)Kuprum(II) karbonat bes wujud secara semula jadi dalam bentuk malakit (CuCO3.Cu(OH)2) dan azurit (Cu3(CO3)2(OH)2).