Pigmen
Pigmen

Pigmen

Pigmen atau zat warna adalah zat yang mengubah warna cahaya tampak sebagai akibat proses penyerapan selektif terhadap panjang gelombang pada kisaran tertentu. Pigmen tidak menghasilkan warna tertentu sehingga berbeza dari zat-zat pendar (luminescence). Molekul pigmen menyerap tenaga pada panjang gelombang tertentu sehingga memantulkan pajang gelombang tampak lainnya, sedangkan zat pendar memancarkan cahaya disebabkan tindak balas kimia tertentu. Dalam dunia percetakan, pigmen dibahagi kepada tiga pigmen dasar yang mampu meniru pigmen-pigmen lain jika dicampurkan dengan perkadaran tepat, iaitu pigmen sian, magenta, dan kuning. Sebagai tambahan, untuk mendapatkan kedalaman warna ditambahkan pigmen hitam. Tamsilnya untuk mendapatkan sensasi warna merah, dicampurkan pigmen magenta dan kuning dengan perkadaran tertentu.Pigmen mengalami banyak apabila dihasilkan oleh organisme, dan banyak yang bernilai ekonomi. Pigmen yang dihasilkan oleh organisme dikategorikan sebagai pigmen hayati.