Penamaan Kustantiniyah

Nama tempat ini merupakan penyerapan nama diberikan dalam bahasa Arab iaitu قسطنطنية Qusṭanṭinīyyah dari nama sebelumnya dalam Bahasa Yunani: Κωνσταντινούπολις Kōnstantinoúpolis. Nama ini turut dipinjamkan kepada bahasa-bahasa berikut:[3]:224

Nama Arab ini dalam terus dipakai dalam kerasmian empayar Uthmaniyah lagi-lagi berikutan penaklukan kota tersebut pada tahun 1453.[4] Sebutan mengenai kota ini dalam persuratan berbahasa Melayu muncul pertama kali dalam sepucuk surat bertarikh 17 Safar 1321 Hijriah atau 15 Mei 1903 Masihi diutuskan Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dari kerajaan Brunei kepada Sultan Abdul Hamid II yang memerintah kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu dengan tujuan memohon bantuan atau pertolongan Uthmaniyah merebutkan kembali Daerah Limbang yang diambil Kerajaan Sarawak diperintah Raja Charles Brooke 13 tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1890.[5][6]:322-325

...tersembah surat ini datang mengadap ke bawah qadam Yang Maha Mulia Seri Paduka Maulana al-Sultan al-Muʿazzam Malik al-ʿArab wa-al-ʿAjam Maulana al-Sultan ʿAbd al-Hamid ibn Almarhum Maulana al-Sultan ʿAbd al-Majid Khan al-Ghazi yang bersemayam di atas tahta kerajaan di dalam negeri Qustantiniyah,[7] mudah-mudahan dipeliharakan Allah dari fitnah dunia dan akhirat...

Nama Yunani asalnya Konstantinopolis (atau bentuk Bahasa Latin: Constantinopolis) yang diberikan sempena pengasas kota tersebut, Maharaja Constantinus Agung yang memerintah Empayar Rom Timur. Ia mula digunakan secara rasmi dalam catatan zaman Theodosius II.[8]